Kejadian tidak diingini kembali berlaku dalam saingan liga komuniti dimana kali ini salah seorang bapa yang hadir untuk menyaksikan perlawanan menendang pemain yang didakwa mengasari anaknya.
Liga yang dipanggil sebagai Liga Komuniti Isma B-16 tahun di Shah Alam itu dicemari dengan insiden pergaduhan yang membabitkan pemain dan seorang bapa yang bertindak ganas ketika permainan.
Baca Juga:
- Peminat Kesal Liga Amatur Negara Dicemari Pergaduhan
- Piala MFL: Ini Sebab Hairuddin Omar Letakkan Ubaidullah Di Posisi Tengah
- Badhri Radzi: Bola Sepak Kelantan Hancur
Lelaki terbabit didakwa gagal mengawal emosi selepas melihat anaknya dikasari dalam perlawanan tersebut yang sekaligus terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Liga Komuniti Isma Bawah 16 tahun di Shah Alam. Kali ni bkn pengadil tapi pemain pulak kena flykick dgn parent. Tapi nampak mcm ada provokasi antara pemain dgn org luar padang yg cuba ditenangkan pengadil namun flykick dr lelaki menjadikan situasi lbh panas. pic.twitter.com/qkuVt1HVdN
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) November 23, 2023
Pengadil dan beberapa kru petugas perlawanan kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan tersebut namun ia berlarutan apabila si pelaku enggan mengalah dan menendang pemain tersebut.
Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain dan pihak pengurusan pasukan juga telah membuat laporan polis berhubung pergaduhan yang berlaku.
Isteri kepada lelaki tersebut difahamkan telah membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku dan memohon agar kejadian itu tidak dipanjangkan lagi.
Insiden seperti ini bukanlah kali pertama berlaku khususnya dalam saingan bola sepak akar umbi di Lembah Klang.
Liga M5 Putrajaya FA 2023. Kejadian melibatkan pemain dan pengurusan kedua2 pasukan sahaja. Pengadil x terlibat dan melerai sahaja. pic.twitter.com/fKkB9bAIqs
— Hal Ehwal Pengadil (HEP) (@pengadilbola) November 9, 2023
Sebelum ini, sebuah liga bertaraf Liga M5 di Putrajaya dicemari dengan insiden pergaduhan antara pemain dan pegawai dua pasukan yang sedang bertemu baru-baru ini.
Kelihatan dalam video di atas pengadil perlawanan yang terlibat dan beberapa anggota keselamatan cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku.
Kejadian lain melibatkan liga yang menjadi tempat pembangunan pemain muda iaitu Liga Suparimau yang merupakan liga rasmi yang dikelola oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga dicemari dengan insiden yang tidak diingini itu.