Juara Liga Super 10 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran awal apabila berpesta gol menewaskan Negeri Sembilan (NSFC) 3-1 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Dalam perlawanan ini, Harimau Selatan turun tanpa tonggak sayap, Arif Aiman Hanapi dan menurunkan pemain import baharu dari Syria, Jalil Elias.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Pada minit ke 12, Bergson da Silva membuktikan masih memiliki ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan dari kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol NSFC.
5 minit kemudian, Bergson sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol kedua JDT selepas menyudahkan hantaran Juan Muniz dalam kawasan kotak penalti.
Who's on the scoresheet again? Bergson gets TW⚽️ early on!#JDTvNSE#LigaSuper2024/25#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/1ujwFmnYVW
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 18, 2024
Tersentak dengan jaringan itu, NSFC bangkit mengaturkan beberapa gerakan namun masih sukar menembusi benteng pertahanan JDT.
Pada minit ke 28, gawang JDT akhirnya bocor apabila pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung merembat masuk gol pertama NSFC dalam situasi kelam kabut.
Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, JDT beraksi dengan lebih garang dan kerap kali melakukan percubaan berbahaya ke arah gawang pelawat.
Malah, Heberty nyaris menjaringkan gol ketiga JDT namun sepakan percumanya terkena palang.
Pada minit ke 71, Stadium Sultan Ibrahim kembali bergema dengan sorakan ribuan penyokong JDT apabila Jordi Amat menanduk masuk gol ketiga hasil sepakan sudut.
Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan JDT kembali berada dalam kelompok teratas Liga Super musim ini selepas mengutip 6 mata.