Sejarah seluar jeans atau denim bermula dengan sebuah syarikat, Levi Strauss & Co. Levi’s mengeluarkan produk pertama mereka pada tahun 1853 dan cuma pada tahun 1890an, mereka memperkenalkan model ikonik ‘501’, model jeans yang sangat terkenal sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Levi’s telah menemui salah satu seluar jeans keluaran mereka yang dkatakan berusia lebih 100 tahun. Ianya digelar ‘New Nevada’ kerana seluar jeans ini ditemui di bandar perlombongan Nevada. Menurut Tracey Panek (Sejarawan Levi’s), seluar ini kemungkinan besar dipakai oleh sesiapa sahaja yang bekerja di Nevada; mungkin pekerja lombong, pekerja di stesyen kereta api ataupun mungkin juga seorang kowboi.

Menarik tentang penemuan ini adalah kondisi seluar jeans ini yang dalam keadaan sangat baik. Langsung tidak dimakan usia walaupun sudah berusia 100 tahun. Jadi apa yang mereka lalukan adalah membersihkan seluar ini bagai menatang minyak yang penuh.

Setiap basuhan, airnya disimpan untuk dikaji. Dari situ barulah mereka akan tahu seluar ini dahuluya dipakai oleh siapa dan jenis denim yang digunakan ketika tahun berkenaan.

Levi’s ‘New Nevada’ ini nanti akan disimpan di muzium Levi’s di California dan kemungkinan besar Levi’s akan menjual replika seluar ini menerusi siri Levi’s Vintage Collection (LVC) mereka. Bagi peminat jenama ini, pasti akan gembira melihat proses Levi’s memulihara jeans berusia ratusan tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=Xr__BlIPois