Terbaharu, Tomok telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya semalam mendedahkan situasi tidak terduga berlaku kepadanya di sebuah butik Levi’s di Mid Valley ketika dia sekeluarga membeli-belah di situ.

Menerusi video tersebut, Tomok mendedahkan bahawa dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Seluar dia berharga RM1,299 dan ia kena bukan pada satu, tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899.” ujar Tomok.

Memahami dan akui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok bertanggungjawab membayar ganti rugi dan mengatakan dirinya tidak boleh beredar daripada butik tersebut selagi tidak membuat pembayaran.

Susulan itu, Tomok mengatakan dia mahu menjual seluar tersebut kerana saiznya terlalu besar untuknya tetapi akan jual dengan harga yang berbeza.

Difahamkan, koleksi yang terkena pengilat kuku itu merupakan Levi’s Vintage Collection (LVC) dan ia adalah Levi’s versi high end.