Pada 13 November 2017, seorang lelaki berusia 24 tahun berpakaian askar Korea Utara telah memandu laju sebuah jip askar ke arah sempadan Korea Selatan. Tindakannya itu telah disusuli dengan tembakan daripada askar Korea Utara.

Oh melalui satu situasi yang semakin dramatik apabila dia meninggalkan jip dan mula berlari ke arah dinding sempadan Korea Utara. Kemudian dia ditembak oleh askar Korea Utara sebelum diselamatkan oleh askar Korea Selatan.

Video dibawah ini adalah situasi yang dimaksudkan. Video pengawasan ini dikeluarkan oleh perintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kini Oh dilaporkan stabil dan boleh berbual dengan kakitangan perubatan di hospital menurut beberapa saluran media Korea Selatan selepas menjalani dua kali pembedahan untuk membaiki kerosakan organ dalaman dan kecederaan lain.

Ketua doktor bedah Ajou University Medical Center, Lee Cook-Jung menyebut:

“Dari segi perubatan, dia hampir mati ketika dia mula-mula dibawa ke sini.”
“Pesakit tidak akan mati.”

https://www.youtube.com/watch?v=RhOvodcPNrk

Sementara itu jurucakap perintah PBB, Kolonel Chad G Carroll, mengatakan bahawa askar Korea Utara yang ditembak di pihak pembangkang telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang menghentikan perang Korea.

Ini kerana mereka telah melepaskan senjata mereka melintasi garis batas ketenteraan yang berjalan di sepanjang pertengahan 2.5 DMZ yang luas dan telah menyeberangi sempadan secara fizikal ketika mereka mengejar.

Minat Girls’ Generation

Menyertai askar pada usia 17 tahun, Oh diberi peluang untuk menonton filem dan mendengar lagu bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhannya. Dia didapati menggemari filem Amerika dan lagu pop Korea Selatan.

Dr. Lee Cook-jong menyebut askar itu telah menonton filem dan rancangan TV seperti “Transformers,” “CSI: Crime Scene Investigation,” and “Bruce Almighty,”.

Oh turut mendengar beberapa buah lagu daripada artis yang dia minati iaitu kumpulan wanita popular Korea Selatan, Girls’ Generation (SNSD). Dia menyukai lagu “Gee”, lagu yang melonjakkan nama Girls’ Generation pada tahun 2009.

Bagi mengurangkan tekanan ke atas Oh, doktor mengelak daripada bertanya soalan berkenaan tugas askar, tetapi bercakap tentang babak filem “The Transporter,” lakonan Jason Statham di mana Oh juga memandu laju sepertimana watak Statham dalam filem itu.