Art Of Speed 2019 berlangsung dengan sangat meriah hujung minggu lalu dengan kehadiran pelbagai kenderaan custom dari dalam dan luar negara.

Antara model yang paling menyerlah pada edisi AOS tahun ini adalah model Demak ‘Hubless Wheel’ ini. Menurut Galeri Kereta, ini mungkin satu-satunya model Hubless Wheel di Malaysia di mana tayar hadapan dan belakangnya tiada sokongan jaring di bahagian tengah roda.

Menurut pembina motosikal ini, saudara Azri hanya membelanjakan RM1,500 untuk menghasilkan motosikal yang awesome ini. Semuanya dibuat secara handmade tanpa bantuan mesin! Sebab mengapa Azri memilih jenama Demak juga agak unik.

Hebat pembina Malaysia kerana hanya bergurukan Google dan YouTube, saudara Azri dapat hasilkan model yang hebat ini. Persis motosikal Tron pun ada. Tahniah!