Perodua Ativa yang dilancarkan pada minggu lalu telah menjadi perbualan orang ramai sehinggalah hari ini. Difahamkan dari hari pre-order dibuka pada bulan lalu sehingga hari ni, Perodua sudah menerima lebih 6,000 tempahan dan 100 unit sudah pun berdaftar.
Kita sedia maklum Perodua Ativa menggunakan enjin 1.0 liter dilengkapi dengan sistem turbocharged tiga-silinder. Rata-rata ramai yang mempersoalkan adakah kereta ini sesuai untuk pemanduan jarak jauh dan mendaki bukit kerana enjinnya yang bersaiz kecil.
Baru-baru ini YS Khong, figura automotif tempatan dan seorang bekas pemandu rally profesional telah berkongsi ulasan pengalaman beliau memandu Perodua Ativa naik ke Genting Highland. Tenang dan bersahaja beliau mendaki bukit tersebut walaupun terdapat beberapa insiden yang hampir menyebabkan kemalangan.
Melalui video ulasan ini, semua persoalan mengenai kemampuan Perodua Ativa sudah terjawab. Sepanjang video hampir 20 minit ini, anda boleh mendengar pandangan beliau mengenai pengawalan kereta, kelajuan pecutan serta keberkesanan sistem terbaru yang digunakan pada kereta ini.
Jika anda mempunyai keraguan mengenai Perodua Ativa, tontonlah video yang kami kongsikan di atas. Pasti anda akan berfikir dua kali dan ‘terkejut’ dengan kemampuan yang boleh dicapai oleh sebuah kereta mempunyai enjin bersaiz kecil ini.
Perodua Ativa menggunakan enjin turbocharged yang menyebabkan kos penyelenggaraan sedikit berbeza. Baca lebih lagi pada pautan di bawah.
Dilengkapi Enjin Turbo, Ini Kos ‘Maintenance’ Perodua Ativa Yang Anda Kena Tahu
Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500