Satu dokumentari berdurasi 25 minit oleh Tapau TV dan Vans Malaysia yang sangat menarik untuk ditonton. ‘Demi’ menyelami kisah suka dan duka Pa’din Musa selama bergelar seorang skateboarder dari tahun 90an sehingga kini.
Banyak juga footage vintaj sewaktu Pa’din Musa mula berjinak-jinak dalam sukan skateboarding dalam video ini. Selepas 28 tahun, Pa’din Musa tetap setia bersama sukan yang sentiasa dekat di hatinya. Pesan Pa’din buat sesuatu yang anda minat dengan penuh passion, barulah anda anda akan berjaya. Steady Pa’din!