Jika perlu pilih seorang pelakon paling macho di Hollywood ketika ini, ianya pasti milik Jason Momoa. Jika setiap pelakon mahu kelihatan kacak dan menawan sepanjang masa ketika majlis premiere, Jason memilih jalan yang berbeza apabila beliau mengetuai satu tarian haka ketika tayangan perdana filem Aquaman di Los Angeles malam Rabu yang lalu.
Ketika majlis tayangan perdana sedang berlangsung, Jason secara tiba-tiba membuka jaket yang dipakainya dan terus membuat persembahan haka bersama dua anaknya dan juga Temuera Morrison, pelakon berketurunan Maori yang membawa watak ayah Jason dalam Aquaman.
Lebih menarik apabila beliau mematahkan trident yang dipegangnya kepada dua menggunakan lututnya. Rata-rata yang hadir nyata tidak menyangka mereka dapat melihat tarian haka yang epik ini di malam tayangan perdana Aquaman.
Begitu juga ada yang pelik mengapa Jason membuat tarian haka sedangkan beliau tidak pun berketurunan Maori. Tetapi menurut penjelasan pengguna Twitter Lou Tee-Oh, di dalam filem Aquaman, beliau adalah anak kepada Temuera dan secara teknikal, Jason ‘layak’ untuk menari dan mengetuai tarian Haka tersebut.
Seeing Jason Momoa perform the Haka dance at the premiere of #Aquaman almost brought me to tears.
Love seeing people embrace their heritage.
— π»ππππππ (Kawaii Heads) β¨ (@Da_Nerdette) December 13, 2018
Everyone talking about Jason Momoaβs blue carpet haka:
1. Its called βTangaroa Ararauβ and was written for the occasion.
2. Temuera Morrison is IN the haka & in the film. He has competed in kapa haka at a national level & has been best male leader. U cant FW Matua Tem.
ππ πͺπ½π±π pic.twitter.com/LEQXsUHn5g— LOU TEE-OH (@KiwiDiva) December 13, 2018
He had the ultimate haka man Temuera Morrison backing him up. He is doing a haka about Tangaroa – our god of the sea. Tem plays his dad in the film so Aquaman is indeed half MΔori. π
— LOU TEE-OH (@KiwiDiva) December 13, 2018
Jika Marvel boleh berbangga dengan Black Panther, DC tidak kalah kerana mereka kini ada Aquaman. Buat yang belum menonton filem Aquaman, silalah ke pawagam. Bagi kami, Aquaman adalah antara filem terbaik DC Comics setakat ini.