Nampaknya pelakon utama filem Aquaman 2, Jason Momoa juga tidak selesa dengan kehadiran semula Amber Heard di set penggambaran Aquaman 2 selepas dia bercerai dengan Johnny Depp.

Dalam satu nota daripada sesi terapi Amber Heard, Amber membuat luahan bagaimana Jason dan pengarah James Wan cuba mengusir beliau keluar daripada filem tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nota tersebut yang ditiriskan di laman Reddit telah menceritakan dakwaan berlaku penganiayaan terhadap Amber di set penggambaran selepas beliau kalah kes mahkamah dengan bekas suaminya.

Beliau dikatakan tertekan kerana ada satu hari, Jason Momoa hadir ke set penggambaran berpakaian seperti Johnny Depp sebagai salah satu caranya untuk mengusir Amber daripada filem tersebut. “Jason berkata beliau mahu saya dipecat. Dia mabuk – lewat tiba ke set. Berpakaian pula seperti Johnny, dia juga ada semua cincin dan aksesori yang sama,” antara luahan yang ditulis pada nota tersebut.

Amber turut meluahkan bahawa James Wan turut ‘menengking’ dirinya untuk tidak membuat apa-apa perkongsian di media sosial tentang Aquaman, termasuklah tidak boleh selfie dengan sesiapa di set.

Elon Musk hantar surat ‘amaran’ kepada Warner Bros

Dalam satu pendedahan lain pula, bekas kekasih Amber, Elon Musk telah memberi amaran kepada Warner Bros supaya tidak memecat Amber. Amaran itu dikatakan ditulis sebelum kes cerai Amber dan Johnny lagi selepas timbul khabar angin tiada chemistry antara Amber dan Jason selepas filem pertama Aquaman.

Sejauh mana kebenarannya, hanya pihak produksi sahaja yang tahu. Filem Aquaman 2 akan ditayangkan di pawagam pawagam 20 Disember 2023.

Sumber