2002 kawan aku bunuh diri. Hari Jumaat. 21 June. World Cup Korea-Japan. USA lawan Germany. Aku dan Shigeru tengok game tu di rumah Tayama. Noro telefon, suruh jenguk Ohnishi yang dah seminggu tak datang kampus. Sabtu ada lawan bola katanya.
Tayama pergi jenguk rumah Ohnishi, yang berselang empat pintu. Selang empat minit, dia balik kepada kami, muka pucat lesi, macam baru nampak hantu.
“Ohnishi dah mati!”
Aku hanya mampu tengok mayat Ohnishi dari jauh. Kau rasa muka Ju-on atau Sadako (The Ring) tu dah cukup menakutkan? Kau kena tengok sendiri wajah orang bunuh diri, yang dah mati dua, tiga hari. Timbul urat hitam seluruh tubuh dia yang dah lebam. Tiada solekan dapat sama authenticity dan horrifying look orang mati terseksa macam tu.
Sebulan aku tidur tak tutup lampu. Setiap kali aku pejam mata, terbayang rupa ngeri Ohnishi. Hanya Noro, sahabat akrab Ohnishi yang berani tenung dekat wajah kaku itu. Lama. Tak percaya akan hakikat.
Polis berulang tanya kami tentang si mati. Berulang kali. Sampai sakit hati. Cuma bertahun lepas tu aku sedar, detektif akan buat begitu untuk uji jawapan dan konsistensi. Menghidu foul-play.
Di balai polis, seorang inspektor bertanyakan nama seorang perempuan yang kami semua rakan Ohnishi tak pernah dengar. Naoko. Mungkin nama tu yang acap kali keluar dalam Sistem Pesanan Ringkas pada telefon bimbit mendiang.
Misteri. Belum dirungkai hingga hari ini.
Jepun negara yang santun di jalanraya. Hanya 10,000 purata kematian kemalangan dalam setahun daripada 110 juta manusia. That’s 0.00009 % namun seramai 30,000 mengambil nyawa sendiri setiap tahun. 3 kali ganda.
Aku kira ada 24 biji kereta daripada Nagano, kampus kami convoy ke Osaka, kampung Ohnishi. Memberi penghormatan terakhir.
Ramai yang sayang dia. Terutama keluarga dia. Ibu, ayah, adik perempuan dia. Semua punah, resah, rebah. Sedih yang amat. Aku pon tumpang sedih. Amat sangat.
Apatah bila lagu Greenday kegemarannya bergema penuh ruang upacara ‘open cascade’ haritu. Sedih sangat.
“Tapi muka Ohnishi macam hantu!” Tegur sahabat kami Waka, lepas berdoa di depan keranda. Memang rupa dia menakutkan. Walau kemas memakai suit. Tiada solekan yang dapat tutup keperitan di wajah manusia yang curi kerja malaikat maut.
Hanya potret mendiang yang tersenyum di atas keranda mengubat rindu kami. Remuk hati ibu, ayah dan adik perempuan Ohnishi menatap potret sunyi.
Aku berbual dengan Prof Matsumoto, salah seorang manusia paling bijak aku pernah jumpa – boss research lab aku. Dia setuju dengan pendapat aku tentang “kekosongan” jiwa rakyat Jepun tanpa pegangan agama, tanpa Tuhan, absolute power untuk mengadu di saat tiada apa yang dapat membantu.
“Selepas susah akan ada senang. Selepas susah akan datang senang.” 94:5&6
Dua kali Tuhan janji, pasti.
Baca lagi: Chester Bennington, Perginya Seorang Vokalis Hebat Kerana ‘Depresi’