Tahukah anda, anda boleh menjadi seorang trillionaire jika ke Zimbabwe? Itulah nilai tukaran wang jika anda melawat Zimbabwe. Kasihan juga apabila melihat keadaan ekonomi penduduk di negara ini. Yang dapat keluar pun mungkin orang kaya sahaja.

Dalam video Nas Daily ini, beliau seorang sahaja pelancong dari luar negara dan terkejut kerana hanya beliau sahaja yang berada di lapangan terbang tersebut.

Sedih apabila lapangan terbang antarabangsa negara kosong dan tidak mempunyai ramai pelancong. Dengan perubahan kuasa daripada Robert Mugabe ke Emmerson Mnangagwa, harapnya keadaan ekonomi Zimbabwe akan menjadi lebih baik. Tonton video di atas untuk lihat dengan lebih dekat.