Kalau anda masih belum mampu untuk membeli barangan Off-white™ yang sebenar, mungkin video ini boleh membantu. Tabasko Sweet adalah seorang Youtuber yang banyak berkongsi video tentang cara-cara menghasilkan barangan fesyen yang sedang hype di pasaran secara do it yourself (D.I.Y).

Untuk video terbarunya, beliau mengajar peminatnya untuk membuat sendiri tali pinggang Off-white™. Kalau dari jauh, tak perasan pun bahawa tali pinggang ini kita buat sendiri. Memang seronok melihat gelagat Tabasko D.I.Y barang. Boleh lihat episod lepas beliau di sini. Fuego!