Kejayaan boleh dicapai jika kita berusaha dan sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah membaca jambatan ilmu, oleh itu membacalah agar pengetahuan anda mengenai isu semasa dan sebagainya bertambah luas.
Sebelum wujudnya Internet, kebanyakan daripada kita sering ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Malah, suasana perpustakaan yang tenang menjadikan ia tempat pilihan untuk mereka fokus belajar.

Terbaharu, Perpustakaan Kuala Lumpur telah dibuka semula kepada orang awam setelah ditutup sebelum ini bagi kerja-kerja penambahbaikan ruang-ruang dalaman perpustakaan. Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @aribismail telah berkongsi beberapa keping gambar rekaan dalaman Perpustakaan Kuala Lumpur.
Perpustakaan Kuala Lumpur dah bukak balik selepas bertahun renovate. Nampak lagi cantik dalam dia.
Kalau tengah cari tempat yang tenang untuk study atau buat kerja, boleh datang sini. Masuk percuma. Daftar keahlian pun percuma. pic.twitter.com/J2lRDhcjrv
— Arib Ismail (@aribismail) November 10, 2019
Jika dilihat pada rekaan perpustakaan ini pastinya akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk membaca buku. Malah, bagi mereka yang bekerja juga sesuai untuk melakukan kerja mereka di sini kerana terdapat bilik khas untuk perbincangan.
Jangan risau, wifi juga tersedia di perpustakaan ini dan anda boleh menikmati semua kemudahan yang ada di sini dengan mendaftar sebagai ahli secara percuma. Bagi anda yang tidak tahu, Perpustakaan Kuala Lumpur ini terletak di berhampiran Dataran Merdeka.
Waktu perkhidmatan di perpustakaan ini adalah dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad minggu pertama bagi setiap bulan serta cuti umum. Jangan lupa singgah ke Perpustakaan Kuala Lumpur.
Adakah anda tahu perpustakaan di sekitar Lembah Klang ada dimana? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Rupanya Perpustakaan Tertua Dan Berusia Lebih 1000 Tahun Berada Di Sebuah Negara Islam