Lebih sedekad di pasaran, Nissan GT-R nampaknya masih lagi releven dan menjadi kegilaan orang ramai khususnya anak muda yang cintakan kelajuan. Sepanjang model ini diperkenalkan juga dapat dilihat pelbagai modifikasi telah dibuat dalam menawarkan lebih kuasa buat model ini.
Pada kali ini, sebuah lagi modifikasi unik oleh Classic Youngtimers Consultancy telah dijalankan dalam menghasilkan Nissan GT-R versi off-road. Digelar sebagai ‘Godzilla 2.0’, model ini telah dimodifikasi agar kelihatan lebih garang dengan padanan pelindung fender beserta tayar besar pada bahagian atas kereta.
Apa yang menarik perhatian kami mengenai model ini adalah rim asal Nissan GT-R masih lagi dikekalkan walau bagaimanapun tayarnya telah ditukar untuk disesuaikan dengan kegunaan lasak dan off-road.
Seperkara lagi yang paling menonjol pada Godzilla 2.0 ini sudah pastinya bodywrap camouflage yang menaikkan lagi seri pada model ini. Godzilla 2.0 ini sedia ditawarkan pada harga sekitar $107,000 (RM456,034.00) tidak termasuk cukai menerusi laman web Classic Youngtimers Consultancy. Anda boleh tonton video di bawah model kereta sukan yang dimodifikasi untuk pemanduan lasak ini.
Pada minggu lalu, Proton telah melancarkan Saga Anniversary Edition dengan harga RM39,300. Turut dikongsikan bagaimana jenama Lamborghini tercipta selepas dihina oleh Enzo Ferrari.
Proton Saga Anniversary Edition Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM39,300
Bagaimana Jenama Lamborghini Lahir Selepas Dihina Oleh Enzo Ferrari?