Semasa acara Malaysia Autoshow berlangsung pada bulan Mei lalu, Perodua telah memperlihatkan model konsep EMO (Electric Model Online), satu gambaran kereta hatchback EV pada masa hadapan yang diterjemahkan melalui model tanah liat.
Tadi, pereka grafik tempatan Theophilus Chin atau lebih dikenali sebagai Theottle telah memperlihatkan hasil kerja terbaharunya, Perodua MyEV, diadaptasi daripada Perodua EMO itu.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Memetik portal Paultan, Perodua menyatakan model sebenar konsep EMO ditetapkan untuk dibina pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Pada masa sama pembuat kereta tempatan itu juga berkemungkinan juga akan mempamerkan bahagian dalaman kereta konsep tersebut.
Sementara kita tunggu perkembangan ‘Perodua EMO’ itu, anda boleh tonton pembuatan rekaan konsep MyEV melalui video YouTube di bawah.
Dalam pada itu, pihak kerajaan sedang merangka satu struktur mengurangkan harga cukai jalan dan penggunaan nombor plat khas bagi model kereta-kereta elektrik di Malaysia.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.