Lake Toba merupakan antara destinasi percutian yang menarik berikutan tempat yang cantik dan murah. Malah, AirAsia juga kerap membuat diskaun tiket penerbangan ke sana.
Jika anda baru pertama kali mendengar akan tempat ini, pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik di sini. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Nur Aila Meysha telah berkongsi tip dan itinerari penuhnya ke Lake Toba. Baca perkongsian Aila di bawah ini:
Hari pertama
https://www.instagram.com/p/BzKOYtKA5HM/
– Tiket AirAsia dari KUL ke Silangit RM 110
– Then dari Airport Silangit naik supir atau grab untuk ke Perapat .Perjalanan 1jam 48 minit -Rp 250,000
– Sudah sampai Perapat, anda ambil feri ke Lake Toba – Tiga Raja Harbour in parapat (ke Samosir Island) . Setiap 1 jam ada feri dan feri akan turunkan di tempat penginapan anda. Perjalanan 1 jam- Rp 15,000
– Check in Lekjon cottages 3 malam RM 221 (agoda).
– Anda boleh sewa motor dekat cottages sahaja- Rp 200,000 untuk 2 hari.
– Simcard telkomsel beli di jetti Parapat- Rp 95,000
Hari kedua
https://www.instagram.com/p/BzNdmz4Abbw/
– Air terjun efrata (1 jam 48 minit)
– Parking fee (Rp3000 untuk motor)
– Entrance fee (Rp7000)
– Lake Sidihoni
– Pangururan
– Sawah Padi sianjur mula mula
– Makan malam di Rumah Makan Islam Mami Tempo
Hari Ketiga
https://www.instagram.com/p/B0BMyzhgvcZ/
– Bukit Holbung (1 jam 52 minit dari cottages)
– Entrance fee (Rp 7000)
– Parking free
– Habiskan masa seharian di satu tempat sahaja sebab kena hiking untuk sampai puncak
Hari keempat
https://www.instagram.com/p/BzHRfjWgVKA/
– Mandi di pandai berhadapan cottages
– Check out dan lunch sekali
– Ambil feri ke Parapat (Rp 15,000)
– Ambil kereta ke Balige (1 jam 30minit)(Rp 90,000)
– Check in di Penginapan Panatapan Almonsari hotel 1 malam – RM 54 booking di Agoda
Hari kelima
https://twitter.com/aila_youu/status/1155156577956945920
– Check out
– Naik supir daripada hotel sebab dekat Balige tiada grab lagi
– Jalan-jalan di Tomok
– Bergerak ke airport Silangit
Tip:
1. Kalau ingin cari souvenier pergi dekat Tomok atau Medan. Di Balige dan si Borong-Borong cuma ada souvenier kaum Batak.
2. Jalan di sana berbatu-batu dan banyak curam, tetapi pemandangan memang cantik.
3. Makanan halal agak susah sebab kebanyakan bukan Islam dan makanan di sana agak kurang bersih.
4. Disarankan tinggal di kawasan airport sehari awal sebab perjalanan feri dan pegangkutan tidak tentu dan perjalanan jauh. Takut terlepas flight jadi sewa hotel 1 hari di kawasan Balige atau si Borong-Borong dekat dengan airport.
https://twitter.com/aila_youu/status/1155371051846475776
5. Minyak untuk motor ada di sepanjang jalan. Boleh isi di mana-mana sahaja.
6. Anda boleh berhenti dan mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke Efrata Waterfalls. Banyak tempat cantik di sana.
7. Tiada kipas atau aircond di sana kerana cuaca memang sudah sejuk.
Tempat yang tidak sempat pergi sebab jauh sangat dan bahaya naik motor:
1. Air terjun sipiso piso
2. Taman bunga sapo tongging
3. Bukit indah simarjarunjung
4. Nantampukmas nest
5. Gunung sibayak
6. Hotspring aek rangat pangururan
7. Kampung Tomok
8. Pasar Brastagi
Total cost per head : RM 430
Airasia KUL-Silangit-KUL : RM 110
https://twitter.com/aila_youu/status/1155157906586607618
Menarik bukan Lake Toba ini untuk dikunjungi? Pasti perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda jika anda ingin berkunjung ke Lake Toba, mungkin hujung tahun ini.