Lebih banyak aksi dapat dilihat dalam trailer terbaru ‘Mission: Impossible – Fallout’ ini. Tom Cruise yang memegang watak Ethan Hunt sejak 1996 ini kembali dalam misi serba baharu.

Fallout akan menampilkan pelakon Henry Cavill yang akan membantu Ethan dalam melaksanakan misi terbarunya. Dengar-dengar Tom Cruise banyak kali tercedera dalam penggambaran filem ini kerana melakonkan sendiri sebahagian babak stunt untuk filem ini. Buat peminat franchise ini, nantikan kehadiran filem ini di pawagam 27 Julai nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →