Apabila kita melancong ke luar negara, pasti kita ingin mencuba makanan traditional mereka. Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencari makanan yang halal di luar negara.

Korea juga merupakan antara negara yang mempunyai pelbagai hidangan traditional yang menyelerakan. Siapa yang pernah ke Seoul, Korea Selatan pasti sangat tahu dengan Myeongdong Street dimana pelbagai makanan ‘halal’ boleh didapati di sini.

Pantang nampak gerai dengan logo halal, terus kita akan terpa dan cuba. Adakah ianya betul-betul halal? Bagaimana jika kami kata ada peniaga makanan yang palsukan logo tersebut semata-mata ingin menarik pelancong beragama Islam untuk membeli makanan di gerai mereka, adakah anda percaya?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter, Najib Ayub telah berkongsikan video beliau di Myeongdong Street dan kelihatan dalam video tersebut papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di kedai.

Menurut Najib, tuan gerai tersebut akan menukar papan tanda yang dipamerkan bergantung kepada crowd; jika ada ramai pengunjung beragama Islam melalui jalan tersebut beliau akan tukar kepada papan tanda halal. Jika tidak ramai pengunjung Islam, mereka akan menggunakan papan tanda yang biasa.

Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Malah, ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.

https://www.instagram.com/p/B3667FABQg0/?igshid=1wki2839gs3oj

Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut dan berharap mereka yang akan melancong ke sana akan lebih berhati-hati serta memeriksa dahulu bahan-bahan yang ada dalam makanan tersebut.

https://twitter.com/adamrshdy/status/1187237151131328512

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Mungkin anda yang pernah ke sana mempunyai tip untuk dikongsikan bersama bagaimana untuk mencari makanan halal di Korea.

Adakah anda tahu kewujudan aplikasi untuk mencari makanan halal di Korea? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Mencari Makanan Halal Di Korea Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi Halal Korea

21 Makanan Halal Yang Mesti Dicuba Bila Travel Ke Korea Selatan

Travel 2 Bulan Di Korea Selatan, Ini 11 Tip Cari Makanan Halal Di Sana