Menjelang sambutan Hari Bapa, syarikat gergasi automotif Ford Motor Company tampil dengan idea promosi yang cukup unik dan luar biasa.
Jika biasanya Hari Bapa sinonim dengan hadiah tali leher atau dompet, kali ini Ford mahu memberikan ‘bau litar lumba’ terus ke dalam rumah anda.
Melalui kolaborasi eksklusif bersama jenama pembuatan lilin terkemuka, @detroitwick, mereka telah menghasilkan lilin edisi terhad yang dinamakan Burnout ’65.
Lilin Berbau Asap Tayar dan Trek Lumba
Lilin Burnout ’65 ini direka khas untuk membangkitkan adrenalin perlumbaan sebenar.
Menurut Ford, lilin ini diinspirasikan daripada aroma ikonik hari perlumbaan, kedai bengkel, dan jentera hebat Ford Mustang.
Antara nota wangian utama yang diadun di dalam lilin ini termasuklah:
– Bau asap tayar (tire smoke)
– Aroma litar lumba (race tracks)
– Sensasi pecutan penuh (full throttle).
Lilin ini dinilai pada harga runcit $40 (sekitar RM180+) seunit.
Walau bagaimanapun, ia tidak dijual secara terbuka.
Sebaliknya hanya boleh dimenangi melalui peraduan rasmi khas untuk mereka yang menetap secara sah di Amerika Syarikat.