Baru-baru ini tular rakaman konvoi sekumpulan Lamborghini yang memotong barisan di garisan berkembar secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Menurut satu laporan, lima pemandu kereta mewah yang dikesan menandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, polis telah selesai mengambil keterangan daripada kesemua pemandu kereta mewah berkenaan pada Sabtu.

“Lima pemandu kereta mewah itu telah tampil memberikan keterangan semalam (Jumaat) dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Sehari sebelum, pada hari Sabtu, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil lima pemandu Lamborghini yang dikesan memandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Dalam pada itu, klip video yang tular tersebut turut mendapat perhatian perhatian DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam satu komen yang dikongsikan TMJ, baginda menyamakan konvoi tersebut sebagai ‘tong kosong’ yang sering membuat bunyi bising.

TMJ juga menyatakan kumpulan konvoi terbabit mungkin perlu diajar bagaimana untuk menghormati orang ramai (pengguna jalan raya lain).

Sumber