Temasya suKAN oLIMPIK 2024 di Paris baru sahaja selesai dan ramai yang mula memperkatakan mengenai temasya edisi akan datang iaitu di Los Angeles 2028.

Edisi di Paris dipenuhi dengan kontroversi dan juga prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh para atlet bertanding dan ibu kota Perancis itu memberi laluan kepada Los Angeles bagi menjadi tuan rumah seterusnya.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain melancarkan lebih daripada 35 logo bagi setiap acara yang mana mereka bekerjasama dengan artis, selebriti dan atlet, LA28 juga telah mengumumkan penambahan baharu pada senarai acara yang bakal dipertandingkan untuk mencerminkan budaya sukan di Amerika.

Sukan yang ditambah bagi temasya Los Angeles 2028 nanti ialah Besbol/Softball, Kriket (T20), Bola Sepak Bendera, Lacrosse dan Skuasy.

Walau bagaimanapun, bukan semua sukan ini akan membuat penampilan sulung mereka dimana hanya skuasy dan bola sepak bendera akan muncul di Sukan Olimpik buat kali pertama. Sebaliknya, Besbol/Softball, Kriket dan Lacrosse akan membuat kemunculan semula.

Besbol dan Sofbol telah muncul dalam beberapa Sukan Olimpik, dengan yang terbaru ialah Tokyo 2020. Kriket adalah sebahagian daripada program dalam Sukan Olimpik 1900.

Lacrosse pula telah dimasukkan ke dalam program pada tahun 1904 dan sekali lagi di London 1908 manakala Bola Sepak Bendera dan Skuasy akan membuat penampilan sulung Olimpik kerana sukan ini tidak pernah dimasukkan sebagai sukan rasmi sebelum ini.

Malaysia mempunyai peluang untuk memenangi pingat emas pertama dalam sejaran Olimpik menerusi acara skuasy menerusi s.Sivasangari.