Peminat di Hong Kong mengamuk dan meminta wang mereka dikembalikan selepas Lionel Messi tidak diturunkan dalam satu aksi persahabatan antara Inter Miami menentang skuad kebangsaan negara itu.
Puluhan ribu peminat hadir ke Stadium Hong Kong dimana mereka membayar harga premium bagi menyaksikan pemenang Ballon d’Or 2022 itu beraksi bersama Inter Miami.
Baca Juga:
- Kelab Ronaldo Berpesta Gol Belasah Kelab Messi 6-0
- Tidak Tahan Dengan Cuaca Panas, Pemain Bintang Mahu Tinggalkan Saudi Pro League
- Jordan Henderson Tidak Terima Sebarang Gaji Sepanjang Beraksi Di Arab Saudi
Akan tetapi, hasrat mereka tidak kesampaian apabila bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu tidak diturunkan sepanjang perlawanan dan hanya duduk di bangku simpanan, menyebabkan peminat yang hadir mengamuk.
Bukan saja peminat, malah kerajaan Hong Kong juga mengambil serius perkara ini dimana mereka meminta penjelasan dari penganjur perlawanan dimana sebelumnya mereka berjanji Messi akan turun beraksi walaupun sedang mengalami kecederaan.
HK making history again by getting Beckham booed for the first time since 1998
🤣🤣🤣 https://t.co/q4INj35Ddr pic.twitter.com/DItVmd2tSx— Justin (@hurtingbombz) February 4, 2024
Sorakan boo kedengaran di stadium selepas perlawanan tamat yang menyaksikan Miami berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-1.
“Mengenai Messi tidak bermain perlawanan ini, pihak kerajaan, serta semua peminat bola sepak, amat kecewa dengan pengaturan penganjur. Penganjur berhutang penjelasan kepada semua peminat.
“Jawatankuasa Acara Sukan Utama akan berhubung dengan penganjur dan akan mengikuti semua syarat perjanjian, termasuk kemungkinan pemotongan dana tajaan kerana Messi gagal beraksi,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kerajaan.
Di laman media sosial X, ada peminat yang menendang papan iklan yang tertera muka Lionel Messi selepas mereka kecewa pemain itu tidak diturunkan.
🇭🇰🌎⚽️
A fan at Hong Kong Stadium reacts after Lionel Messi did not in fact play in Hong Kong on Sunday.
(📽️: forwarded online) pic.twitter.com/vTR8kagnE2
— Aaron Busch (@tripperhead) February 4, 2024
Tatler Asia sebagai penganjur perlawanan menerima HK$15 juta (AS$1.92 juta) dalam bentuk dana untuk perlawanan itu dan subsidi venue sebanyak HK$1 juta.
Satu sumber memberitahu bahawa sukar untuk berurusan dengan pasukan Messi, bermula dengan kehadiran mereka di landasan lapangan terbang selepas mereka mendarat di Hong Kong dengan sambutan permaidani merah.
Mereka kecewa dengan tindakan Messi dan pemain lain dengan keluar dari pentas walaupun diminta kekal untuk ucapan alu-aluan rasmi.
Sumber yang sama memberitahu kerajaan pada waktu pagi bahawa Messi akan bermain sebagai kapten pasukan dan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan walaupun pegawai mendapati namanya tiada dalam senarai pemain sebelum sepak mula.