Formula 1 dan Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) mengesahkan bahawa Malaysia akan menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026, di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura.

Acara ini, yang tertakluk kepada perjanjiian akhir dan kelulusan rasmi termasuk persetujuan Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC), akan dinamakan sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.

Memetik kenyataan rasmi, persetujuan yang dicapai antara Formula 1, FIA, Kerajaan Bahrain, dan Kerajaan Malaysia ini membolehkan Formula 1 mengekalkan satu Grand Prix yang sepatutnya tidak dapat dijalankan.

Baki jadual untuk tahun 2026 kekal tidak berubah.

“Ini merupakan berita gembira buat para peminat Formula 1 di seluruh dunia. Sepang merupakan salah satu litar paling ikonik dan mencabar dalam Formula 1, terkenal dengan kehangatan peminatnya, perlumbaan yang mendebarkan, serta cuaca yang sukar diramal, menjadikannya lokasi ideal untuk penganjuran pusingan Kejuaraan ini.

“Maklumat berhubung penjualan tiket untuk acara ini akan diumumkan tidak lama lagi,” petik kenyataan rasmi.

Sumber