Liverpool 13 mata di atas Arsenal selepas mencatat satu lagi kemenangan di Anfield.
The Reds menang 2-0 ke atas Newcastle United. Ini ibarat aksi pemanas badan untuk final Piala Carabao tidak lama lagi melibatkan kedua dua pasukan.
Arsenal keciciran mata
Sementara itu pasukan pula keciciran mata ketika berhadapan dengan Nottingham Forest.
Sebelum sepak mula pengurus Arsenal, Mikel Arteta meminta orang melangkah mayatnya dulu jika mereka rasa Arsenal sudah tidak mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris.
Pengurus Arsenal itu optimus mereka masih boleh juara EPL musim ini setelah dua musim berturut-turut menamatkan saingan liga sebagai naib juara.
Berdepan dengan pasukan Forest, skuad Arteta sekali lagi keciciran kata selepas kalah di tangan West Ham beberapa hari lalu.
Keputusan ini benar benar memberikan tamparan hebat buat Arsenal walaupun masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool.
Liverpool 13 mata di singgahsana
Untuk Liverpool, mereka menang hasil 2 gol oleh Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister.
Arsenal drop points 👎
Liverpool take full advantage 💪The gap between the pair is extended to 13 points ↔️ pic.twitter.com/nIBscFZRP2
— Premier League (@premierleague) February 26, 2025
Mohamed Salah meneruskan sumbangannya dalam gol Liverpool dengan assist dalam perlawanan ini.
Pemain yang digelar Raja Mesir itu dalam prestasi luar biasanya.
https://twitter.com/LFC/status/1894872432088928751=TaFHs75wOqbzcv1V_RVhTg&s=19
Newcstle United yang cemerlang dalam sebelum bertandang ke Anfield perlu untuk bangkit semula pada perlawanan seterusnya untuk memastikan mereka dapat ke Eropah sekali lagi.
Apa seterusnya?
Liverpool akan bertemu PSG selepas ini di Paris, sebelum aksi melawan Southampton di Anfield.
Sementara Arsenal pula akan berdepan PSV diikuti aksi panas menentang Manchester United.
Selepas timbal balik lawan PSV, Arsenal akan berdepan cabaran Chelsea pula, di mana skuad Enzo Maresca sedang berusaha mahu memastikan tempat mereka di UCL musim hadapan.