Liverpool kini 2 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan EPL musim ini, musim 2024/25.

Arsenal keciciran mata di Emirates semalam bermakna The Reds berpeluang menjarakkan diri 13 mata daripada Arsenal jika menang di Anfield.

Dan skuad Arne Slot berjaya melakukannya. Gol daripada Luis Diaz meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa pertama.

Mo Salah turut mencipta rekod luar biasa menerusi assist untuk gol ini. Di mana dia sudah terlibat dalam 45 sumbangan kepada gol dalam 38 perlawanan EPL terakhirnya.

Namun The Reds menempah bahaya apabila aksi kurang kemas mereka bermula babak kedua membuatkan mereka bergelut berdepan West Ham.

Pemain gantian Andy Robertson menjaringkan gol sendiri pada babak lewat perlawanan minit ke-86. Robertson  yang cuba menghadang hantaran lintang rendah lawan telah tertampan bola itu ke gawang sendiri.

Ketika West Ham berkira kira mahu membawa pulang 1 mata dari Anfield, hanya 3 minit kemudian Virgil Van Dijk kembali meletakkan The Reds di hadapan.

2 kemenangan sahaja

Kapten Liverpool itu menanduk masuk bola sepakan penjuru rakannya untuk memberikan kemenangan berharga buat Liverpool.

Dalam kedudukan semasa, Liverpool kini mengutip 76 mata selepas 32 perlawanan. Dengan 13 mata di atas Arsenal.

slot record

2 kemenangan sahaja lagi buat The Reds

Liverpool hanya memerlukan 2 kemenangan sahaja lagi untuk menjulang EPL musim ini.

Ini adalah musim debut untuk Arne Slot bersama Liverpool selepas dia menggantikan Jurgen Klopp yang melepaskan jawatannya akhir musim lalu.

West  Ham berada di tangga ke-17 namun mereka 14 mata di atas zon selamat. Ianya musim yang mengecewakan buat West Ham.

Aksi seterusnya, Liverpool akan berdepan Leicester di King Power Stadium.

Kemudian Liverpool akan bermain menentang 3 pasukan big six berturut turut iaitu menentang Spurs di Anfield, kunjungan ke Stamford Bridge menentang Chelsea dan aksi blockbuster, menentang Arsenal di Anfield.

Mampukah Liverpool mendapatkan 2 kemenangan sahaja lagi yang mereka perlukan dalam usaha mereka mahu menjulang EPL musim ini?