Liverpool juara EPL 2024/25, pada musim debut Arne Slot sebagai pengurus.
Liverpool menjamu kunjungan Tottenham Hotspur di Anfield. Di mana The Reds hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk mengesahkan Liverpool juara EPL musim ini.
Ketinggalan dan bangkit
Liverpool terlebih dahulu ketinggalan menerusi gol awal bekas pemain mereka, Dominic Solanke pada minit ke-12. Pemain antarabangsa England itu melonjak dan menanduk masuk bola menewaskan Alisson Becker.
Namun The Reds segera memberikan respon dengan membalas 3 gol.
Pertamanya menerusi gol oleh Luis Diaz pada minit ke-16 selepas menerima hantara Dominic Szoboszlai. VAR digunakan untuk menyemak sama ada gol itu sah atau ofsaid. Anfield agak gemuruh menantikan hasil semakan VAR.
Kemudian gol itu disahkan bersih dan Liverpool mengikat Spurs 1-1.
Luis Diaz's last 7 league apps:
🅰️ 🆚 Newcastle
🅰️ 🆚 Southampton
🅰️ 🆚 Everton
⚽️ 🆚 Fulham
⚽️ 🆚 West Ham
❌ 🆚 Leicester
⚽️ 🆚 TottenhamComing in clutch in the run in. 🏆#LIVTOT pic.twitter.com/0UfvKusjB7
— WhoScored (@WhoScored) April 27, 2025
Tidak lama selepas itu, Cody Gakpo hampir menambah gol. Namun kali ini dia benar benar di kedudukan ofsaid.
Liverpool bagaimanapun mendapat gol kedua mereka menerusi Alexis Mac Allister minit ke-24.
10 minit berselang, Cody Gakpo menjadikan kedudukan 3-1.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada tuan rumah.
Liverpool terus dominan
Bersambung separuh masa kedua, Liverpool terus dominan dan menyerang bertali arus.
Pada minit ke-65, bintang utama Liverpool, Mohamed Salah mencetak gol keempat untuk The Reds untuk menguatkan lagi kedudukannya sebagai pendahulu carta Kasut Emas EPL musim ini.
Berselang 4 minit kemudian, Udogie agak malang apabila tertampan bola ke gawang sendiri.
Tiada lagi tambahan gol selepas itu. Dan Liverpool menang 5-1 ke atas Spurs yang terus bergelut dalam kempen liga mereka musim ini.
Liverpool juara EPL
Liverpool juara EPL 2024/25 yang merupakan kejuaraan Inggeris ke-20 untuk kelab tersebut, menyamai rekod Manchester United.