Liverpool keciciran mata di Villa Park berdepan dengan Aston Villa dalam aksi yang sangat sengit antara kedua dua pasukan.

Skuad Unai Emery terus menjadi pasukan yang sukar untuk dihadapi. Dan mereka turut diperkuatkan oleh Marcus Rashford.

unai emery
Unai Emery di Villa Park

Keputusan seri ini pastinya menggembirakan pencabar terdekat mereka Arsenal. Di mana skuad Mikel Arteta kini ada satu perlawanan dalam tangan dengan jurang mata hanya 8 mata ketika ini.

Skuad bimbingan Arne Slot di hadapan menerusi gol oleh Mohamed Salah pada minit ke-29.

Salah goal

Namun gol itu dibalas oleh Youri Tielemans yang melakukan rembatan deras dari dalam kotak penalti pada minit ke-38 selepas pertahanan Liverpool longgar dan gagal mengeluarkan bola tinggi.

Dan sebelum wisel rehat, Ollie Watkins meletakkan Aston Villa 2-1 di hadapan menerusi gol pada masa kecederaan.

Liverpool yang mempersiakan deretan peluang mereka akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Trent Alexander Arnold yang menerima hantaran Mo Salah.

Dan kini Mo Salah menjadi pemain pertama dalam 5 liga utama Eropah yang mencetak gol dan melakukan assist dalam 10 perlawanan berbeza sejak Lionel Messi pada musim 2014/15.

Kedua dua pasukan kemudian gagal untuk menambah sebarang gol. Dengan Darwin Nunez turut terlepas peluang keemasan daripada kedudukan gawang terbuka.

Pemain itu melakukan salah satu miss paling teruk musim ini. Terutama sekali ketika Liverpool memerlukan kemenangan untuk mengekalkan jarak mata selesa dengan Arsenal.

Apa seterusnya selepas Liverpool keciciran mata di Villa Park?

Dengan Liverpool keciciran mata di Villa Park, Arsenal kini mengintai peluang terbaik untuk merapatkan jurang mata dan terus mengejar pendahulu itu dalam perebutan kejuraan Liga Perdana Inggeris.

Nunez Villa

Liverpool akan menentang Manchester City di Etihad. Kemudian mereka akan melayan kunjungan Newcastle di Anfield.

Untuk Arsenal, lawan mereka seterusnya adalah West Ham di Emirates dan kemudian Nottingham Forest di tempat lawan.