Liverpool mempertimbangkan pilihan untuk menandatangani Federico Chiesa dari Juventus. Ini selepas usaha menjual pemain itu ke Barcelona gagal.
Juventus kini sedia menjual pemain itu hanya €15 juta setelah kontraknya akan berakhir pada akhir musim ini.
Chiesa tidak ada dalam perancangan pengurus baharu Thiago Motta. Dan dia harus dijual untuk meraih pendapatan tambahan bagi kelab itu yang sedang dalam proses keluar daripada masalah kewangan selepas pandemik.
Chiesa sebelum ini sudah berminat dengan idea untuk menyertai Barcelona. Malangnya kelab Catalan itu terpaksa menarik diri daripada rundingan atas beberapa pertimbangan terutama sekali faktor ekonomi.
Barcelona kini menumpukan usaha untuk mendaftarkan Dani Olmo. Malah dikatakan masih mengutamakan Nico Williams untuk dibawa masuk musim akan datang.
Chiesa boleh bermain di sayap kiri. Posisi yang diisi oleh Luis Diaz di Liverpool. Dan dia juga boleh bermain di tengah dan di sayap kanan.
Liverpool bagaimanapun masih dalam pertimbangan kerana Chiesa ternyata bukan keperluan mendesak untuk kelab tersebut.
Tetapi dengan harga yang sangat rendah diminta oleh Juventus mana mana kelab pasti tertarik untuk mendapatkan pemain kebangsaaan Itali itu.
Fabrizio Romano turut mengesahkan bahawa pemain tersebut berminat untuk menyertai Liverpool. Dan menunggu langkah seterusnya daripada Liverpool. Kerana Juventus benar benar berharap akan dapat menjual pemain itu segera daripada dia memasuki 6 bulan terakhir kontraknya pada Disember dan pergi secara percuma.
🚨🔴 EXCLUSIVE: Liverpool make initial approach for Federico Chiesa as possible option for final days.
Chiesa, available on the market as Juve want to find a solution and #LFC made contact today.
Liverpool exploring conditions of the deal as Chiesa would be keen on PL move. pic.twitter.com/nPoEyOFSTV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 26, 2024