Pada tahun lalu, LBS Bina Group Bhd, penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah, menerusi anak syarikatnya, MGB Bhd telah melancarkan Pangsapuri Saujana Indah, sebuah pembangunan pangsapuri baharu yang menawarkan kediaman dengan harga mampu milik dan selesa di Johor Bahru.

Pangsapuri Saujana Indah ini terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara seluas 1.05 hektar. Lokasi pangsapuri ini cukup strategik iaitu terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya.

Baca Juga:

Selain terletak di lokasi yang strategik, pangsapuri Saujana Indah ini juga memiliki fasiliti lengkap yang pastinya memudahkan penduduk.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau, BBQ, gimnasium dan lain-lain.

Jika anda mencari kediaman, inilah saat yang sesuai untuk anda membeli hartanah di sini kerana sempena Tahun Baru Cina 2024 ini, LBS Bina tawarkan baucar prosperity sehingga RM238,800.

Anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah ini untuk menikmati tawaran sempena Dragonlicious Deals 2024:

1. Tandatangan SPA sebelum 29 Februari 2024.
2. Dapatkan kelulusan pinjaman.
3. Nikmati baucar.

Selain itu, terdapat tawaran lumayan turut ditawarkan iaitu yuran guaman percuma, yuran tempahan yang rendah, loyalty rewards, zero exit fees dan pakej perabot.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.