Lord Jacob Rothschild, pelabur dan salah seorang ahli keluarga perbankan Rothschild, telah meninggal dunia pada usia 87 tahun, lapor BBC.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, keluarganya memanggil Lord Rothschild sebagai “individu yang memberi kesan positif dalam kehidupan ramai orang”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Permulaan kerjayanya bermula di bank milik keluarga, NM Rothschild & Sons, sebelum dia memulakan dana pengurusan kekayaan pada tahun 1989.

Keluarga Rothschild selalu dikaitkan dengan gerakan Freemason dan dianggarkan bahawa mereka mempunyai nilai kekayaan sekitar £825 juta, lapor Sunday Times.

Lord Rothschild telah digambarkan sebagai “pelabur yang luar biasa berjaya, juara seni dan budaya, penjawat awam yang setia, penyokong Israel dan budaya Yahudi, pencinta alam sekitar dan individu yang sangat disayangi kawan dan keluarga.”

Dilahirkan di Berkshire pada tahun 1936, mendiang mendapat pendidikan di Eton College dan melanjutkan pelajaran di Christ Church, Oxford.

Dia berhenti bekerja di bank milik keluarganya untuk membina empayar kewangannya sendiri di London dengan mengasaskan amanah pelaburan RIT Capital, yang dipimpinnya sehingga 2019.

Lord Rothschild juga memegang peranan termasuk timbalan pengerusi di BSkyB Television, pengarah RHJ International, kini dikenali sebagai BHF Kleinwort Benson Group, dan merupakan ahli majlis Putera Wales di Duchy of Cornwall ketika itu.

Beliau juga dikenali sebagai aktivis seni, dan merupakan pemegang amanah Galeri Nasional antara 1985 dan 1991, serta mempengerusikan Tabung Warisan Loteri Kebangsaan.

Keluarga Rothschild mula berpindah ke Frankfurt pada abad ke-18, di mana mereka memulakan perniagaan perbankan dan mendapat keuntungan yang besar pada tahun 1815 apabila Nathan Mayer Rothschild membeli bon kerajaan British.

Sepupu Lord Jacob Rothschild, Sir Evelyn de Rothschild, adalah pengerusi NM Rothschild antara 1976 dan 2003, dan difaham bekerja rapat dengan Ratu Elizabeth II bagi hal kewangan.