Lost Valley Gathering yang dibawakan oleh Keen bakal menjadi acara paling diingati oleh penggemar muzik tempatan. Festival 2 hari yang akan berlangsung di Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru pada 3 & 4 Jun 2023 ini bakal membawa pelbagai acara muzik dan bengkel yang dikelilingi oleh alam semula jadi.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ditengah-tengah kehijauan hutan di dalam perut Banjaran Titiwangsa nanti adalah Bayangan, Viona, Capt’n Trips & The Kid, Islands, Cactus Cactus dan banyak lagi.

Baca Juga:

Selain itu terdapat juga bermacam-macam aktiviti percuma dan bengkel berbayar untuk disertai seperti Sesi Yoga oleh Sesi Tikar Mengkuang, Podcast talk dengan Gedegang!, Tie & Die bucket hat oleh Teja Studio, Terapi seni oleh My WIP Healing dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama, Lost Market juga akan tampil dengan wajah baharu tahun ini di mana pentas tambahan akan menampilkan beberapa set DJ dan penghibur akustik sambil dikelilingi oleh vendor F&B serta penjual runcit/dagangan.

Untuk penginapan, peserta boleh memilih pilihan seperti camping (bawa khemah sendiri), karavan/4WD (bawa kenderaan sendiri) atau pakej Glamping.

Tiket boleh didapati melalui Ticket2u atau klik pautan di bio untuk pembelian. Tiket Early Bird dan Presale sudah habis dijual tetapi Tiket Normal untuk kemasukan masih ada.

Tahun ini, Lost Valley Gathering disokong oleh Keen dan Muto Kopi di mana kedua-dua jenama ini juga bakal tampil mengadakan aktiviti mereka sendiri yang mengkhususkan kepada jenama sendiri.