Kelab yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas ketua pasukan Perak FC iaitu Luciano Guaycochea.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran dimana kelab yang dimaksudkan ialah Persib Bandung.
Baca Juga:
- Luciano Guaycochea Kecewa Dengan Pengurusan Perak FC, Tuntut Bayaran Tunggakan Gaji
- Krisis Kewangan Memuncak: Perak FC Dilapor Bakal Tarik Diri Daripada Saingan Liga Super 2025/26
- Krisis Tunggakan Gaji Skuad Perak: Apa Sebenarnya Berlaku?
Ladies and gentlemen, it is learnt that Persib Bandung have entered the fray for Luciano Guaycochea. #MSLTransfer2024 https://t.co/4Ou6WOTgQM
— T. Avineshwaran (@avineshW90) April 28, 2025
Luciano Guaycochea Tinggalkan Perak FC

Persib dibimbing oleh bekas ketua jurulatih KL City iaitu Bojan Hodak dan kelab itu juga dikaitkan dengan seorang lagi bekas pemain Liga Malaysia iaitu Saddil Ramdani.
Sebelum ini, Luciano Guaycochea yang sudah tiga musim bersama Perak turut mengucapkan selamat tinggal buat pasukan.
Dalam masa yang sama, beliau kecewa dengan pengurusan pasukan yang gagal untuk menyelesaikan gaji pemain selepas memberikan segalanya buat pasukan itu.

“Sebagai kapten Perak FC, saya ingin menyatakan rasa kecewa saya dengan pengurusan atas cara mereka melayan rakan sepasukan saya dan diri saya sendiri.
“Kami berhak untuk menerima semua tunggakan gaji yang masih belum dibayar! Kami telah memberikan begitu banyak kepada kelab,” katanya.