Bekas pemain Liverpool, Luis Garcia dilaporkan bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) salah satu kelab dalam saingan Liga Malaysia.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhilmi Zainal Azam namun setakat ini belum diketahui pasukan mana yang akan mendapatkan khidmat bekas pemain kelahiran Sepanyol ini.

Baca Juga:

Luis Garcia Bawa Pengalaman Luas Dalam Kancah Bola Sepak

Garcia mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak profesional dimana beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab besar seperti, Atletico Madrid, Liverpool dan Barcelona selain beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

García tersenarai dalam skuad Sepanyol yang beraksi dalam temasya Piala Dunia 2006 di Jerman yang mana ketika itu mereka tersingkir di peringkat 16 pasukan terakhir.

Selain beraksi di Eropah, pemenang Liga Juara-Juara Eropah 2005 dan Piala FA ini juga pernah merasai atmosfera di Asia dimana beliau menyarung jersi kelab India, Atletico Kolkata dan Central Coast Mariners dalam saingan liga Australia.

Luis Garcia
Luis Garcia

Setelah bersara dari dunia profesional, Luis García tidak menceburkan diri dalam dunia kejurulatihan dan beliau banyak membuat kemunculan di kaca televisyen.

García pernah bekerja sebagai pundit untuk beberapa saluran sukan ternama seperti ESPN dan beIN Sports dimana beliau menjadi expert bagi beberapa kejohanan termasuk temasya UEFA Euro 2016.

Melihat kepada profil dan pengalaman yang dimiliki oleh Luis Garcia, kelab Liga Malaysia yang mahu mengambil khidmatnya harus bersedia untuk membayar gaji yang tinggi.

Luis Garcia
Luis Garcia

Melihat kemampuan dari segi kewangan, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang dianggap mampu untuk mengambil khidmat García bagi menjalankan tugas sebagai CEO kelab.

Ketika ini, Alistair Edwards memegang jawatan sebagai CEO JDT manakala Dr Johan Kamal Hamidon merupakan CEO kepada Selangor.