Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia meluahkan rasa kecewa terhadap isu yang menyebakan hukuman dijatuhkan kepada tujuh pemain warisan negara.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah diarahkan untuk membayar denda sebanyak CHF 350,000 kerana kerana melanggar artikel 22 Kod Tatatertib (FDC) mengenai pemalsuan dokumen pendaftaran pemain warisan.
Baca Juga:
- MFL Umum Penggantungan Tiga Pemain Warisan JDT Susulan Keputusan FIFA

- FAM Sahkan Kesilapan Teknikal Oleh Pegawai Pentadbiran Punca Masalah Pendaftaran 7 Pemain Warisan

- Peter Cklamovski Penat Dengan ‘Tuduhan’ Ke Atas Pemain Warisan

Manakala, pemain-pemain tersebut telah diarah membayar denda sebanyak CHF 2,000 kepada FIFA dan dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh pemberitahuan keputusan itu.
Keadaan itu menyebabkan JDT tidak dapat menggunakan khidmat Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang nyata merencatkan perancangan pasukan.

FAM sebelum ini memaklumkan akan membuat rayuan terhadap keputusan FIFA manakala Malaysian Football League (MFL) turut mengesahkan bahawa ketiga-tiga pemain tersebut tidak boleh diturunkan dalam saingan Liga Malaysia buat sementara waktu.
JDT Keluarkan Kenyataan
Kekecewaan itu diluahkan dalam satu kenyataan rasmi di laman Facebook rasmi pasukan, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kecewa berlakunya kesilapan teknikal dalam proses penghantaran dokumen oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menyebabkan penggantungan tiga pemain skuad kebangsaan Malaysia yang bermain untuk JDT.”
“Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan para pemain terbabit dapat kembali mewakili JDT dalam masa terdekat.”