Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Jaa Suzuran iaitu seorang penyampai radio dan pelakon dimana seorang influencer terjahnya ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menerusi video tersebut, influencer tersebut sering membuat konten ‘tebuk ngaji’ dan meminta Jaa untuk sambung membaca ayat Al-Quran.

Baca Juga:

@qawiyaro

Allah sedapnya,lepasni boleh dah abe @Jaasuzuran buat live ngaji sikit 😆 next mangsa kita siapa geng?

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Dapat dilihat, Jaa awalnya terlihat gementar tetapi berjaya menyambung bacaan ayat Al-Quran yang diajukan dengan baik dan santai.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah terpesona mendengar suara Jaa Suzuran membaca surah Ar Rahman.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memujinya dan mengatakan bacaannya itu daripada segi tajwid boleh dikatakan betul. Malah, segelintir netizen juga tidak sangka dia menghafal ayat Al-Quran.