Jenama helmet basikal, Lumos telah berjaya melepasi panel pemilihan Endeavor Malaysia dan Endeavor Philippines yang diadakan baru-baru ini. Lumos kini terpilih untuk ke peringkat Pemilihan Panel Antarabangsa.
Bermula sebagai kempen Kickstarter, Lumos kemudiannya berkembang menjadi sebuah syarikat besar kerana produknya. Diangkat sebagai next generation bike helmet, helmet ciptaan Lumos ini dicipta dan direka untuk meningkatkan keselamatan penunggang basikal di jalan raya.
Helmet ciptaan Lumos ini turut disenaraikan dalam Oprah’s Favorite Things dan Best Inventions of 2018 oleh Time Magazine pada tahun 2018. Lebih menarik, ini adalah helmet pertama yang dijual di 300 cawangan Apple Stores dan setakat ini, telah menjual lebih 150,000 unit di seluruh dunia.
Langkah seterusnya bagi Lumos adalah mengembangkan syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk jenama berkenaan. Lumos meletakan syarikat mereka bukan hanya syarikat pembuat helmet tetapi mobility company; syarikat yang akan menghasilkan ciptaan dan rekaan inovatif untuk aksesori dan produk bagi generasi akan datang.
“Perjalanan saya bersama Endeavor bermula beberapa bulan yang lalu, di mana saya berpeluang bertemu para mentor dan usahakawan lain yang memberi saya perspekstif baharu dalam bisnes.
“Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam komuniti yang hebat ini di mana saya dapat menimba ilmu daripada mentor yang berpengalaman dan luas ilmunya dalam dunia usahawan. Saya kini bersedia untuk ke peringkat pemilihan antarabangsa!” kata Eu-wen Ding, CEO dan pengasas bersama Lumos.
Ketika sesi pemilihan peringkat tempatan, Eu-wen Ding berjaya menambat hati dan sokongan ramai dengan bantuan pasukannya yang penuh dedikasi. Para panel pemilihan tempatan di Endeavor merupakan individu berpengalaman di Malaysia dan rantau Asia Tenggara iaitu Rafiq Razali (Pengarah Eksekutif Media Prima Bhd), Ahmad Zaky (Pengasas dan CEO of Bukalapak), Lam Nguyen Phuong (Co-founder dan Senior Managing Partner di Private Markets division of Capital Group), Riza Mantaring (Presiden dan CEO Sun Life Financial) dan Richard Eldridge (CEO Lenddo).
“Usahawan yang kami temu ramah semuanya hebat belaka. Dengan meletakan mereka dalam proses pemilihan dan diberi sokongan daripada Endeavor, kami yakin dapat memberi anjakan kepada syarikat ini untuk jadi lebih agresif dalam mengembangkan bisnes mereka,” kata Rafiz Razali.
Bersama Eu-Wen, dua lagi syarikat dari Filipina, Great Deals and Payo turut melepasi sesi pemilihan. Ketika ini, Endeavor Malaysia kini memberi sokongan kepada 47 syarikat untuk terus berkembang dalam bisnes yang mereka ceburi.
Ini pula beberapa artikel lain berkaitan Endeavor Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.
Endeavor Malaysia Lancar ScaleUp Endeavor Kedua Untuk Bantu ‘Startup’ Berpotensi Tinggi
HealthMetrics Dan Lapasar Lepasi Pemilihan, Bakal Terima Sokongan Endeavor Malaysia