Komposer dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang membawa gelaran doktor pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini
M Nasir atau nama sebenar, Mohd Nasir Mohamed menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim.
Baca Juga:
- Berkait ‘Perjanjian Antarabangsa’, M Nasir Dedah Sebab Isu Royalti P. Ramlee Rumit
- M. Nasir Dinobatkan Sebagai Pencipta Berpendapatan Tertinggi MACP Bagi Tahun 2023
- Nasir Sedia Saman Orang Yang Fitnah Search Abaikan Keluarga Yazit
Beliau berkata, anugerah itu dianggap satu pengiktirafan yang cukup besar sepanjang kariernya yang kini memasuki 45 tahun.
“Terima kasih kerana memberi penghormatan ini. Anugerah ini menjadi lebih bermakna apabila diberi sebuah institusi pengajian tinggi yang mengutamakan pendidikan dalam bidang seni.
“Anugerah ini sangat besar buat saya,” jelasnya dipetik dalam Buletin TV3.
Komposer dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang membawa gelaran doktor hari ini. pic.twitter.com/pLLihb176f
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 23, 2024
Tambah M nasir, beliau bersyukur dan penghormatan itu juga ditujukan kepada semua penggiat seni tempatan.
“Biarpun ini bukanlah sesuatu yang baharu, namun, saya bersyukur kerana ia membuktikan mereka mengikuti perkembangan semasa dunia seni.
“Ini suatu penghormatan buat semua penggiat industri secara keseluruhan,” katanya.
Syarikatnya iaitu Luncai Emas Sdn Bhd telah menjadi rakan strategik UPSI sejak 2016. Syarikatnya turut menerima ramai pelajar UPSI dalam menjalani latihan amali.
Menubuhkan syarikat Luncai Emas Sdn Bhd sejak Januari 1990, hampir 40 artis tempatan bernaung dibawah syarikat itu.
Antaranya, kumpulan Spider, Kembara, Kopratasa, Jinbara, Hazama, Noraniza Idris dan The Faboulous Cat.