Pada malam semalam komposer dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir diumumkan sebagai penerima Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada malam Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023.
Beliau turut memenangi kategori Persembahan Lagu Terbanyak menerusi lagu Tiara, manakala Luncai Emas Sdn Bhd menerima kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi yang dimenangi MVM Production Sdn Bhd, tahun lalu, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
- Kmy Kmo Dan Luca Sickta Tampilkan M.Nasir Untuk Single Baharu Zuhud
- Penyanyi Veteran Zainal Abidin Mengaku Tidak Malu Cucuk ‘Botox’ Demi Penampilan Yang Lebih Baik
- Syada Hamzah Sedih, Netizen Tak Patut Komen Mutu Nyanyian Dengan Campur Aduk Isu Peribadinya
M Nasir tidak menjangkakan kembali menerima kategori Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi yang dimenangi oleh Ezra Kong, tahun lalu.
Katanya, pencipta muda harus mengambil peluang dengan kepesatan teknologi untuk menjalinkan jaringan baharu terutama pendengar dari negara jiran.
“Sekarang kita perlu fikirkan pasaran terlebih dahulu, tiada halangan dari segi kreativiti. Jadi, kena sesuaikan sesuatu lagu dengan kehendak pasaran termasuk dari negara jiran.
“Dalam situasi dunia tanpa sepadan, kita juga kena gunakan rangkaian usaha sama bagi menaikkan sesebuah lagu,” katanya.
Selain M.Nasir, berikut adalah senarai pemenang yang mengungguli beberapa kategori:
Persembahan lagu Melayu terbanyak – Tiara
Persembahan lagu Cina terbanyak – A la si jia hai wan
Persembahan lagu Inggeris terbanyak – Stay Away
Persembahan lagu Tamil terbanyak – Perak Kulle
Persembahan lagu luar negara terbanyak – Cinta Sampai Mati
Lagu pendapatan luar negara tertinggi – Ke zai wo xin di de ming zi
Komposer muda berpotensi – Reedzwann
Anugerah nadi cipta – J S Kevin
Pencipta terbaik TikTok – Aepul Roza