Baru-baru ini, Hafidz Roshdi dilaporkan akan menamatkan zaman duda pada Sabtu ini apabila bakal mengahwini kekasihnya, Athira Yuhada.

Perkhabaran berita baik itu telah meraih perhatian orang ramai dan susulan itu, ibu kepada Hafidz, Haniza Mohd Jabar enggan mengulas mengenai dakwaan anaknya.

Baca Juga:

“Minta maaf sangat-sangat, saya tidak boleh nak komen lanjut tentang hal itu.” ujar ringkas Haniza.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya sekiranya berita perkahwinan itu benar dan adakah dia gembira bakal menerima menantu baharu, Haniza hanya menjawab ‘alhamdulillah’.

Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.