Sejak Alif Satar memulakan kempen ‘Subuh Macam Jumaat’, dapat dilihat peningkatan jemaah masjid pada waktu berkenaan. Malah, terdapat masjid yang terpaksa menjalani Solat Subuh dua kali berikutan pertambahan jemaah.

Meskipun, kempen ini mendapat respon positif daripada pelbagai pihak, masih terdapat individu yang kurang senang dengan kempen yang dianjurkan Alif Satar.

Menerusi perkongsian TikTok @adninroslan, beliau telah diajukan sebuah soalan daripada seorang individu yang mempertikaikan keikhlasan kempen ‘Subuh Macam Jumaat’.

@adninroslan

Dengar sampai habis. #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

Soalan tersebut nyata membuatkan Ustaz Adnin Roslan kurang senang sekaligus mempersoalkan kembali isu keikhlasan jemaah yang hadir.

“Kau ingat kau Tuhan nak judge keikhlasan orang lain? Yang tahu ikhlas atau tak tu Allah sahaja. Kerja nak sangka buruk sahaja.

Setiap sesuatu tu ada permulaannya, awal-awal kita nak berubah mungkin sebab ibu bapa paksa, sebab nak kena puji, ikut kawan dan boleh jadi sebab artis. Tak mengapa itu permulaan.

Tapi bila kita istiqamah dalam kebaikan itu, lama kelamaan ikhlas akan hadir. Yang penting mula buat baik dulu.” ulas ustaz Adnin Roslan.

Respons yang diberikan ustaz Adnin telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya pelik dengan soalan yang diajukan.

Tidak kurang juga yang memaklumkan berasa cemburu dengan pahala yang berjaya diraih Alif Satar menerusi kempen hebat yang dijayakan.

Selain itu, Ustaz Adnin secara terbuka turut memuji inisiatif yang dijalankan oleh Alif Satar tersebut sebagai seorang selebriti.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai pelakon, penyanyi dan pempengaruh yang banyak pengikut agar menjalankan kerja dakwah dan mengajak ke arah kebaikan.

Sumber