Aksi EPL tumpuan mingggu ini di Anfield, melibatkan Liverpool dan Manchester United.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol Bryan Mbeumo meletakkan Manchester United di hadapan seawal minit ke-2 perlawanan atau dalam 62 saat.

Gol itu berpunca daripada pertembungan di antara Van Dijkdan Mac Allister yang membuka ruang kepada United mendapat bola dan Mbeumo mencetak gol pertama perlawanan.

Liverpool bergelut untuk mencari gol penyamaan. Dan kemudian Bruno Fernandes hampir menjadikan kedudukan 2-0, cuma sepakannya sedikit tersasar.

Cody Gakpo melakukan percubaan terkena tiang selepas satu serangan balas pantas Liverpool.

Alexander Isak mendapat peluang dari sudut agak sukar, namun berjaya melepaskan rembatan deras yang diselamatkan Lammens.

Pada separuh masa kedua, Cody Gakpo sekali lagi melakukan percubaan terkena tiang buat kali ketiga dalam perlawanan ini, pada minit ke-50.

Gakpo akhirnya menyamakan kedudukan untuk Liverpool minit ke-78 selepas menerima hantaran pemain gantian Federico Chiesa.

Namun hanya 6 minit kemudian, Man United di hadapan sekali lagi menerusi Harry Maguire. Dia menanduk masuk bola lintang Bruno Fernandes.

Minit ke-86, Gakpo terlepas peluang gol daripada kedudukan free header.

Tidak lama kemudian, De Ligt mendapat peluang keemasan untuk menambah gol hasil daripada umpanan cantik Mbeumo, namun tandukan pertahanan asal Belanda itu tersasar.

Man United menang 2-1, dan kini hanya 2 mata di belakang Liverpool. Juara bertahan kini berada di tangga ke-4, dengan 4 mata di belakang pendahulu Arsenal.