Seorang pelajar di Universiti British Columbia (UBC), Tim Chen, telah menarik perhatian ramai dengan keputusannya untuk berulang-alik menaiki kapal terbang antara Calgary dan Vancouver untuk menghadiri kelas, lapor NDTV.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan perbandingan kos antara menyewa flat di Vancouver dengan tiket kapal terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Chen, seorang pelajar UBC dari Calgary, telah mendedahkan pengalamannya melalui platform Reddit.

Dalam kenyataannya, Chen menjelaskan bahawa dia memilih untuk menggunakan kapal terbang kerana ia lebih murah berbanding menyewa flat di Vancouver, di mana harga sewa bulanan melebihi kos tiket pergi dan balik antara kedua-dua bandar.

Difahamkan bahawa Chen hanya mempunyai dua kelas setiap minggu di kampus UBC, yang terletak di Vancouver.

Baginya, menaiki kapal terbang dari Calgary ke Vancouver dua kali seminggu adalah pilihan yang lebih berbaloi dari segi kewangan.

Menurut pendedahan Chen, beliau menghabiskan sekitar AS$150 untuk setiap penerbangan pulang pergi, manakala kos bulanan untuk menyewa flat di Vancouver mencecah AS$2,100.

Dengan mengambil kira jumlah perjalanan beliau, Chen berkata bahawa beliau merasakan bahawa berulang-alik menggunakan kapal terbang adalah pilihan yang lebih jimat berbanding tinggal di Vancouver.

Sumber