Hari ini menjadi saksi apabila penerbit Datuk A Aida dan pelakon Amelia Henderson tiba di Mahkamah Tinggi bagi prosiding keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum ini.

Keputusan pada hari ini berpihak kepada A Aida Production Sdn Bhd apabila pihak mahkamah mengarahkan pelakon Amelia Henderson untuk membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi pelanggan kontrak syarikat penerbitan.

Baca Juga:

Sumber: Kosmo

Hakim Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon terbabit memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Difahamkan isu perselisihan faham melibatkan dua individu ini bermula apabila Amelia dikatakan melanggar kontrak syarikat penerbitan yang sekaligus membuatkan A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian.

@kosmoonline

Syarikat produksi A. Aida menang sama terhadap pelakon Amelia Anderson. Berita lanjut di www.kosmo.com.my

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Sementara itu, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali. Difahamkan Idris Khan juga turut melakukan perkara yang sama dalam melanggar kontrak perjanjian syarikat.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada Amelia Henderson dan juga Idris Khan itu.

Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Sumber