PSG dan Kylian Mbappe akan hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan tunggakan gaji €50 juta yang didakwa Mbappe masih belum dibayar oleh PSG.
Sebelum ini Mbappe sudah membuat aduan kepada Persatuan Pemain Profesional Ligue 1. Namun PSG menafikan mereka ada berhutang dengan Mbapppe.
€50 juta tersebut sebenarnya bayaran bonus kesetiaan Mbappe, jika pemain itu beraksi di PSG sehingga tamat kontraknya.
Terdapat percanggahan antara PSG dan Mbappe. Di mana Mbbape menyatakan bahawa dia tertakluk kepada kontrak sehingga 2024 sahaja.
Dan PSG pula menganggap keengganan Mbappe mengaktifkan kluasa lanjutan khas setahun lagi sehingga 2025 – yang sebenarnya optional – bermakna kelab tidak perlu membayar klausa kesetiaan Mbappe itu, kerana pemain itu tidak setia.
Menurut kontrak asal, apabila Mbappe kekal berada di kelab itu sehingga tamat musim atau tidak berpindah ke mana mana kelab pada pertengahan musim 2023/24, maka dia layak mendapat bonus itu.
PSG ketika itu cuba menjual Mbappe ke kelab Saudi yang sanggup membayar €200 juta. Namun pemain itu menolaknya.
PSG sempat membekukan Mbappe awal musim tersebut kemudian Nasser menyatakan dia dan Mbappe sudah berunding dan menjernihkan keadaan. Khelaifi yakin Mbappe akan mengaktifkan klausa lanjutan setahun khas itu.
PSG malah sempat menolak bidaan Real Madrid yang dilaporkan menncecah €200 juta untuk Mbappe.
Malangnya pada akhir musim Mbappe mengumumkan dia meninggalkan PSG untuk menyertai Real Madrid.
Dari situ berlaku perbalahan antara Mbappe dan PSG. Pemain antarabangsa Perancis itu memfailkan kes itu di mahkamah. Menuntut PSG membayar tunggakan gajinya.
PSG menegaskan bahawa mereka tidak bersalah dan menuduh Mbappe sudah mempermainkan mereka dengan merancang untuk menyertai Real Madrid sebelum kontraknya berakhir.
Sebutan kes tersebut akan didengarkan kepada hakim pada 17 November ini.
Kylian Mbappé et le PSG sont convoqués devant le Conseil de Prud’hommes de Paris dans le cadre d’un litige salarial ! ⚖️🇫🇷
Le joueur réclame environ 55 millions d’euros de salaires et primes non versés par le club.
La date à laquelle cette audience est prévue est le lundi 17… pic.twitter.com/AnNX7woubB
— Foot Mercato (@footmercato) November 5, 2025