Sempena pembukaan ‘Ikang Flyover’ cawangan keempat di Kuala Ibai hari ini, pemilik kedai, Sauffian Sauji telah menawarkan ikan siakap pada harga 90 sen sahaja.

Difahamkan kesemua 1,000 ekor ikan siakap seberat 6,000kg habis terjual dalam tempoh sejam sahaja, petik Berita Harian.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Sauffian, inisiatif itu diambil bukan semata-mata mahu mempromosikan kedainya tetapi mahu membantu masyarakat setempat selain beramal.

@ikang.flyover

Juper esok blake di KEDAI IKAN FLYOVER cawangan ke-4 Kuala Ibai. Promosi untuk 1000 ekor ikan siakap 90sen jer. Juper esok blaker. #SegorSapaPinor #fyp

♬ original sound – IKANG FLYOVER – IKANG FLYOVER

Disamping ikan siakap, ‘Ikang Flyover’ di Kuala Ibai itu turut menawarkan  pelbagai jenis ikan lain termasuk udang dan sotong yang dianggarkan seberat 30,000kg pada hari ini.

“Ikan siakap berharga 90 sen seekor dijual untuk 1,000 ekor yang pertama dengan setiap orang boleh membeli enam ekor sahaja dan selepas itu ia dijual dengan harga RM10 untuk tiga ekor.

“Sambutan memang menggalakkan apabila orang ramai sudah berada di kedai seawal jam 6 pagi walaupun kedai sepatutnya beroperasi jam 8 pagi dan kita berterima kasih serta terharu dengan sokongan diberikan,” jelas beliau.

Sauffian berkata, bekalan ikan diperoleh dari seluruh negara dan ikan siakap itu biasanya dijual dengan dengan harga RM5 seekor pada hari biasa.

Menurutnya lagi, terdapat 30 pekerja bagi empat cawangan Ikan Flyover yang beroperasi di daerah Kuala Terengganu iaitu cawangan pertama di Tualang, Manir diikuti cawangan kedua di Seberang Baruh, cawangan ketiga di Gong Kiat dan keempat di Kuala Ibai.

“Kesemua cawangan ini kita akan buat jualan murah iaitu jualan mampu beli oleh semua golongan.

“Hasrat buat jualan murah ini sebab nak tolong orang disamping mahu mempromosikan cawangan baharu kita,” katanya.