Pada awal Mei baru-baru ini sekumpulan lelaki memakai topeng mencuri perhatian netizen apabila memberi ayam mentah kepada orang ramai di Bukit Bintang.

Terbaharu, geng bertopeng itu kembali dengan memberikan ikan Siakap percuma kepada penduduk sekitar Taman Medan.

Baca Juga:

Menerusi video berdurasi hampir satu minit, pelbagai lapisan umur beratur untuk mendapatkan ikan Siakap yang diagihkan daripada belakang trak pikap milik @xyzteamproject.

@xyzteamproject

Alhamdulilah harini kami belanja Ikan Siakap free pada penduduk di Taman Medan

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

Selain mengagihkan ikan itu, didapati geng bertopeng itu juga ada ‘memborong’ makanan daripada peniaga gerai jalanan berhampiran dan memberikan kepada orang awam yang lalu-lalang di kawasan itu.

“Ikan itu tidaklah mahal mana pun, tapi bila orang yang menerima ikan senyum buat kita rasa terharu sangat.

Steady bro teruskan berdekah. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan semua,” komen netizen yang kagum

Sumber Gambar: TikTok @xyzteamproject
Sumber Gambar: TikTok @xyzteamproject

Orang ramai mendoakan kebaikkan buat geng bertopeng itu dan berharap agar mereka dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan membantu pihak yang memerlukan.

Terdahulu geng bertopeng menegaskan mereka adalah beragama Islam dan memberi bantuan ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan.