Klip 15 saat, yang dikeluarkan di media sosial ini telah dirakamkan di Huizhou, wilayah selatan China. Ini merupakan kes pertama yang direkodkan oleh Huizhou yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak lima juta orang.
Tetapi para pesakit bukanlah dimasukkan ke dalam ‘keranda’, ia sebenarnya tiub plastik yang direka khas bagi menangani penyebaran virus ini dan pesakit yang berada di dalam tiub itu sebenarnya masih hidup.
Pegawai hospital di sekitar bandar Huizhou telah dikesan mengangkut pesakit coronavirus dengan tiub plastik yang tertutup rapat.
Dalam satu rakaman yang dikeluarkan oleh RFA Chinese, dua orang pekerja diarahkan untuk membawa pesakit keluar dari ambulans dan kemudian menolak mereka masuk ke dalam hospital.
【全副装备运送病人】
广东惠州发现疑似感染新型冠状病毒病人,在救伤车运送期间,医护人员都做足了准备,病人几乎是被完全密封着。#新型冠状病毒#武汉#广东 pic.twitter.com/tyGnQ5oV4K— 自由亚洲电台 (@RFA_Chinese) January 21, 2020
Untuk rekod, seramai 20 orang pegawai perubatan China telah terkena wabak ini ketika menjaga pesakit.
Virus yang berasal dari Wuhan ini telah memaksa kerajaan China untuk menutup bandar yang telah menjadi rumah kepada 11 juta penduduk selepas 17 kematian direkodkan dan lebih 500 orang dijangkiti.

Manakala wilayah Guangdong pula menyaksikan 26 orang telah dikesan mempunyai virus itu di mana tujuh diletakkan dalam pemerhatian serius manakala tiga lagi berada di tahap kritikal.
Semalam, kami melaporkan bahawa virus ini telah berpunca daripada tabiat masyarakat China yang sukakan makanan eksotik seperti buaya, monyet, musang, anjing, ular dan banyak lagi.
Pasar Borong Huanan Seafood, yang terbesar di Wuhan dilaporkan menjadi tempat pertama virus ini merebak.
Pihak berkuasa China melarang rakyatnya agar tidak masuk dan keluar dari Wuhan untuk Tahun Baru Cina yang akan datang dan mereka akan memperkuatkan pemeriksaan kesihatan di hab pengangkutan seluruh negara.

Coronavirus adalah zoonotik yang dihantar antara binatang dan orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kes pertama yang dikenal pasti adalah antara mereka yang bekerja di Pasar Borong Huanan Seafood di Wuhan.
Manakala kes lain telah dikenal pasti disebarkan melalui manusia ke manusia.
Semalam kami turut melaporkan bahawa pasar basah Wuhan juga telah menjual binatang yang dilindungi antaranya adalah Koala. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China
China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus