Lebih sedekad dalam industri hiburan, pelakon filem yang cukup dikenali ramai, Hairul Azreen pada hari ini mengumumkan untuk berhenti berlakon secara rasmi.

Keputusan mengejut yang dibuat menerusi radio Era.FM ini bukan sahaja mengejutkan para dj malah para pendengar yang mendengar keputusan drastik daripada Hairul Azreen itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, filem MALLBATT: Misi Bakara bakal menjadi filem terakhir lakonan beliau. Hairul Azreen memilih untuk berhenti berlakon hanya kerana mahu memfokuskan kepada keluarga.

Menurutnya, berlakon memerlukan komitmen yang tinggi di mana filem MALLBATT: Misi Bakaran mendesak beliau untuk berlakon dalam tempoh 6 bulan manakala misi untuk membuat badan pula memerlukan komitmen yang tinggi.

Kekurangan masa bersama keluarga serta anak-anak yang semakin membesar antara faktor yang membuatkan beliau memilih untuk berhenti berlakon.

Pada usia 33 tahun, Hairul Azreen memaklumkan segala hajat beliau dalam industri hiburan sudah tercapai di mana beliau sudah berjaya menjadi hero filem, stuntman, pengarah, producer dan juga terlibat dalam bidang nyanyian.

Pengunduran beliau dalam industri hiburan sekaligus telah membuka ruang kepada bakat-bakat baru untuk mengisi tempat beliau.

Sementara itu, Hairul Azreen memamklumkan beliau hanya sekadar mahu berhenti berlakon dan masih lagi aktif di Instagram dan TikTok. Selain fokus bersama keluarga, beliau serta isterinya, Hanis Zalikha akan turut memberi tumpuan kepada bisnes mereka.