Pastinya ramai sudah mengetahui kemasukan platform penstriman Disney+ Hotstar khusus untuk hiburan di Malaysia bermula 1 Jun 2021 telah diumumkan sendiri pihak Disney.
Lantaran itu, para pelanggan Disney+ Hotstar dapat menonton pelbagai jenis filem di platform penstriman tersebut. Terbaharu, Hairul Azreen telah berkongsi sebuah poster filem pertama arahannya di Instagram miliknya.
Menurut Hairul, filem Ada Hantu tersebut akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada pertengahan bulan Ogos ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik apabila filem tempatan cukup ‘berkualiti’ untuk ditayangkan di platform seperti ini.
Akan tetapi, poster yang dimuatnaik oleh Hairul Azreen mendapat kritikan netizen kerana kurang cantik untuk dijadikan bahan promosi bagi menarik penonton menonton filem tersebut.
Mcm celaka poster 🤣🤣 ala2 poster zaman2 booming filem melayu early 2000 kat vcd. Is it too hard to hire a graphic designer? Too expensive? I don’t think so. https://t.co/RgSozeN3gm
— Reeeezzzz 🏴 (@HareezGhazali) May 7, 2021
Wey pebenda ni do mata aku sakit sia tengok poster ni, bile semua benda kau main tangkap muat je macam ni lah jadinya, dengan gambar distorted, dh macam tahun 2002 punya poster, ni la jadi bile kau tak upah designer la jadi macam ni semua benda nak murah end up quality pun mura https://t.co/QlUF0WvKIp
— Cheetos (@Cheetos_coolio) May 7, 2021
Mael totey hire kukubesi kot 😂
— y̶̛̰̹̩̦̲͖̼̭̾͊́̒̏̇̈́́͠a̴̜̍̾̋t̴̛̬̟͓̰̩̮̦͎̔̒̇̑̅̋͂̕ (@yattadnan_) May 6, 2021
Siapa buat poster ni? Hodoh gila
Jawapan: https://t.co/xk1M2VNln5 pic.twitter.com/9u0YcOFxJt— #ZHAFVLOG (@zhafvlog) May 6, 2021
Malah, para netizen turut mempersoalkan sama ada tidak memiliki bajet untuk mengupah pereka grafik menghasilkan poster yang lebih baik. Untuk pengetahuan anda, poster tersebut direka oleh Hairul Azreen sendiri. Apa pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini
Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’